Tuesday, July 24

Masalah Virus di Taman Medan.

Assalamualaikum w.b.t :)

Okey, bagi aktiviti ini, sebuah syarikat perubatan telah berjaya mencipta virus yang boleh memandulkan tikus. Ini dapat mengurangkan populasi tikus yang membawa pelbagai penyakit atau wabak.
Namun, selepas 2 tahun, virus ini telah membawa beberapa masalah, antaranya:

1. Banyak kucing liar tempatan yang mati dan jumlahnya semakin berkurangan.
-- Masalah ini berlaku mungkin disebabkan oleh cara hidup dan sumber makanan kucing-2 liar tersebut iaitu tikus.
2.  Jumlah beberapa spesis rumput liar didapati meningkat .
-- Masalah ini saya kurang memahami, mungkin kerana salah satu sumber makanan tikus adalah rumput liar, jadi mungkin menggangu sistem rantai makanan.
3. Virus tersebut tidak lagi berkesan kerana bilangan tikus semakin bertambah di kawasan Taman Medan.
-- Ini disebabkan oleh penggunaan virus yang tidak terancang. Mungkin juga tikus-2 ini sudah boleh membina sistem imunisasi badan terhadap virus yang boleh memandulkan spesies ini.
4. Haiwan peliharaan penduduk di Taman Medan iaitu kucing didapati mandul
-- Masalah ini agak pelik tapi berkemungkinan disebabkan oleh rantai makanan; iaitu biasanya tikus akan dimakan oleh kucing dan menyebabkan kesan sampingan seperti ini.
Kenalpasti Masalah:
 1. Virus tidak berkesan adalah disebabkan oleh kurang penyelidikan dalam penghasilan virus. Sepatutnya pihak syarikat perubatan harus melakukan eksperimen dengan lebih teliti dan menguji virus tersebut di seluruh kawasan.

2. Syarikat tersebut juga harus menghantar sampel virus mereka kepada jabatan yang lebih tinggi agar penggunaan virus itu akan terjamin dan tidak menggangu haiwan-haiwan lain.

3. Virus tersebut juga harus menghentikan pengeluaran semua produk virus kerana dijangka akan memberi keburukan kepada haiwan-haiwan lain.